WAHAI HAMBA ALLAH KEMBALILAH KEPADA RABBMU!!!!!!!!!!

Memahami Perjuangan Islam

 




 
MUQADDIMAH:
Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi
pihak-pihak yang menentangnya.Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada. Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telahdihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

PERJUANGAN DAN JIHAD
Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad
adalah kata terbitan (masdhar) yang berasal dari perkataan jahada bererti bersungguh-sungguh dan
berpenatan mengerjakan sesuatu. Jahada pula bererti memerah tenaga.Jahada al-‘aduw bererti
memerangi musuh.
Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu
matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.
Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan
atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana
dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
Maksudnya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah
perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.
Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk
memenangkan Islam.
Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar
dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.
Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:
“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan
di antara sesam manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta
benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata
bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang
diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama
yang
memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...