WAHAI HAMBA ALLAH KEMBALILAH KEPADA RABBMU!!!!!!!!!!

RAHSIA PUASA

Rahsia Puasa yang dipetik dari kitab Bahrul Mazi. Disebutkan oleh para alim ulama akan rahsia puasa itu beberapa perkara. Ia dapat diringkaskan seperti dibawah :



1. Menyedikitkan makan dan minum dan mengurangkannya masuk di dalam nikmat kelazatan untuk membezakan kekuatan cara kebinatangan. Ini kerana puasa itu juga akan menyuburkan roh yang ikhlas dan naik tinggi kekuatan ikhlas seumpama malaikat yang dihiaskan mereka itu dengan beberapa sifat yang terpuji.

2. Berperangai orang mukmin pada setengah waktunya dengan beberapa perangai daripada perangai orang yang percaya akan Allah Taala, dan menyerupainya atas kadar seboleh-bolehnya dengan Malaikat yang Muqarabin daripada Allah Taala pada sifatnya yang suci daripada sekalian keinginan nafsu pada menegahkanya dan bersuci daripadanya.
3. Membiasakan dirinya sabar dan tetap hati atas menderita menahan diri daripada mengerjakan segala keperluan hidup yang sebelumnya dihalalkan, seperti makan, minum, berjima’ dengan isteri dan lain-lain kerana orang yang puasa itu memberati dirinya menjauhkan daripada cinta hati yang kuat kepada keduniaan dan mempamerkan sifat sabar yang cemerlang.

4. Mengingatkan hamba dengan sifat kehinaan dan kemiskinan orang lain kerana datangnya perasaan pada pertengahan puasanya berhajat kepada sedikit makanan dan minuman dan berhajat kepada sesuatu yang hina dengan dia.

5. Memelihara dirinya daripada melakukan sebarang dosa.


6. Mentarbiyah orang-orang yang kaya dan berada untuk menolong dan membantu orang-orang fakir, miskin untuk menghindarkan si fakir dan si miskin itu penderitaan akibat dari kelaparan serba kekurangan.

7. Menerangkan hati dan menajamkan fikiran, kerana sabda Nabi SAW “barangsiapa yang lapar perutnya maka lapanglah fikirannya dan teranglah hatinya” dan SabdaNya lagi “ bermula asal penyakit itu dari perut dan berpantang itu adalah asal kepada penawarnya”

Luqman Al-Hakim berkata menasihati anak-anaknya “ wahai anakku apabila penuh perutmu dengan makanan dan cukup kenyangnya nescaya kelamlah fikiranmu, dan tuli hikmatnya dan jadi malas anggota daripada berbuat ibadat, maka kebersihan hati dan kehalusan fakir itu dengan sebab kedua-duanyalah dapat kesedapan munajat dan memberi bekas dengan sebab zikir”.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...